fbpx
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Play Store.

Ducati lancar aplikasi MyDucati Find

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ducati baru-baru ini melancarkan aplikasi MyDucati Find yang membolehkan peminatnya mendapatkan maklumat terkini berkaitan jentera berkenaan.

Katanya dalam satu kenyataan, banyak kandungan boleh diakses oleh pengguna aplikasi berkenaan, antaranya pengesahan kehadiran ke acara-acara tertentu dan previu eksklusif barisan jentera baharu Ducati.

“Di seksyen Garage, pelanggan boleh meneliti maklumat berkaitan jentera dimiliki pada bila-bila masa, sekali gus membolehkan mereka membawa Kad Ducati iaitu dokumen rasmi Ducatista pada bila-bila masa.

“Menerusi MyDucati Find juga, peminat boleh mengubah suai motosikal idaman mereka, menyimpan maklumat tersebut dan berkongsinya dengan kawan-kawan atau pengedar.

“Tambahan pula, mereka juga boleh menetapkan paparan seksyen tersebut dengan gambar jentera dimiliki,” katanya.

Kenyataan itu memberitahu, pelanggan juga mengesan lokasi pengedar terdekat serta mendapatkan berita-berita terkini berkenaan Ducati di seluruh dunia.

“Aplikasi itu juga memiliki seksyen khas bagi komuniti Kelab Pemilik Desmo (DOC), yang mana ahli-ahlinya boleh berkongsi minat masing-masing terhadap Ducati dan mengambil peluang terhadap semua inisiatif dan kelebihan ditawarkan kepada mereka,” katanya.

Aplikasi MyDucati Find boleh dimuat turun secara percuma bagi peranti iOS dan Android.

Pengguna yang pernah mendaftar dengan MyDucati boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mengakses aplikasi berkenaan. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN