fbpx

Premis barang lusuh diserbu beli kabel wayar TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan (tengah) menunjukkan gelung kabel wayar elektrik milik TNB yang dirampas dari sebuah premis barang lusuh pada sidang akhbar di IPD Kuala Langat hari ini. FOTO: ABDUL RAZAK IDRIS

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Sebuah premis barangan lusuh yang disyaki membeli kabel wayar elektrik curi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM150,000 diserbu dalam kejadian di Jalan Melati Teluk Panglima Garang di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang, Selasa lalu itu turut menahan 15 individu termasuk empat warga asing yang merupakan pemilik dan pekerja premis tersebut yang berusia 17 hingga 59 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, serbuan itu hasil risikan pihaknya selepas menerima empat laporan polis berkaitan kecurian kabel wayar elektrik jenis tembaga dan aluminium.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati premis tersebut telah beroperasi sejak tiga tahun lalu.

“Hasil pemeriksaan menemui puluhan gelung kabel elektirk TNB yang disyaki dicuri selain 11 batang wayar yang telah dipotong di premis tersebut.

“Nilai sekilogram tembaga dan aluminium itu dianggarkan mencecah RM80,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Azizan, pihkanya turut dirampas adalah empat buah lori masing-masing jenis Daihatsu, Hicom dan Toyota selain sebuah kren selain tiga mesin pemotong hidraulik dan mesin penimbang
yang dipercayai disewa untuk tujuan jenayah tersebut.

Ujar beliau, hasil siasatan awal mendapati kes kecurian tersebut didalangi oleh seorang lelaki dipercayai kontraktor TNB yang masih diburu pihaknya.

“Semakan mendapati seorang daripada 15 suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan perjudian.

“Mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 55B dan 61C Akta Imigresen dan Seksyen 6 Akta Barang-Barang Lusuh,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI