fbpx

Ejen hartanah ditahan beri suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang ejen hartanah sambilan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disyaki cuba memberi suapan RM1,000 kepada anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut sumber, suspek berusia 41 tahun itu didapati memberikan wang tersebut kepada penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) supaya tidak dikenakan sebarang tindakan membabitkan kesalahan mempamerkan iklan tanpa kebenaran.

Menurutnya, suspek bertindak demikian bagi mengelak dikenakan kompaun RM8,000.

“Suspek berbuat demikian sebagai dorongan supaya tidak diambil tindakan di bawah JPU 24 Undang-Undang Kecil (UUK) 7(1) iaitu mempamerkan beberapa iklan tanpa kebenaran.

“Dia ditahan pada pukul 5 petang semalam (kelmarin) di pejabat SPRM cawangan Kluang bagi membantu siasatan,” kata sumber itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI