fbpx

Perak jumpa Terengganu di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain pasukan Perak meraikan kejayaan menumpaskan Kuala Lumpur 4-3 pada aksi separuh akhir Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

KUALA LUMPUR – Perak mengesahkan tempat ke pentas final Piala Tun Abdul Razak musim ini selepas mencatat kemenangan 4-3 ke atas Kuala Lumpur pada aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Ia menyaksikan Perak bakal membuat perhitungan dengan gergasi hoki tanah air, Terengganu pada final, Sabtu ini selepas lawan itu menang 4-3 ke atas Pahang dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung sebelah petang tadi.

Bagaimanapun, Perak yang dikendalikan jurulatih penjaga gol kebangsaan, Roslan Jamaluddin tidak berdepan laluan mudah apabila terpaksa berhempas pulas sepanjang perlawanan itu.

Apa tidaknya, benteng pertahanan Perak terpaksa bekerja keras menahan asakan Kuala Lumpur selepas mendahului lawan dengan kedudukan 4-1.

Empat gol Perak ketika itu dijaringkan Arif Sabron pada minit ke-11, Muhammad Azrai, Aizad Abu Kamal (m-17), Syed Syafiq Syed Cholan (m-24) dan Mohamad Zulhamizan Awang Abas (m-34).

Kuala Lumpur berjaya mempamer kebangkitan menarik menerusi dua gol daripada penyerang kebangsaan, Muhammad Shahril Saabah dan satu jaringan Harvinder Singh Makbul Singh menjadikan kedudukan 4-3 pada suku masa keempat.

Namun, hasrat skuad kendalian S. Selvaraju itu untuk cuba menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila Perak berjaya mengatur semula permainan mereka sehingga wisel tamat perlawanan dibunyikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI