fbpx

Penuntut IPTA antara diberkas edar ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaid ( tengah) menunjukkan ganja yang dirampas.

KAJANG – Kegiatan pengedaran dadah jenis ganja yang didalangi seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dilumpuhkan selepas pihak polis menahan empat lelaki dalam dua serbuan berasing di Menara Simfoni, Balakong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, tangkapan pertama pada pukul 2.25 petang membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun di tempat letak kenderaan di Menara Simfoni, Balakong.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek polis menemui satu ketulan mampat ganja.

“Bertindak atas maklumat suspek, pihak polis berjaya menahan tiga lagi rakan suspek di sebuah rumah di kawasan yang sama.

“Hasil pemeriksaan kita menemui enam ketulan mampat ganja, 18 paket ganja serta peralatan membungkus dadah,” katanya.

Menurutnya lagi, hasil siasatan mendapati empat suspek ini aktif mengedar ganja di sekitar lembah Klang sejak dua bulan lalu.

“Salah seorang daripada mereka merupakan penuntut IPTA dan hasil air kencing kesemua suspek positif dadah.

“Kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga 29 September depan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI