fbpx

Pemandu kereta terlibat langgar lari diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta menukar lorong secara tiba-tiba dan melanggar bahagian belakang motosikal mangsa.

KUALA LUMPUR- Polis Daerah Petaling Jaya giat menjalankan usaha mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam video kemalangan langgar lari yang tular pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku pada 22 September lalu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Sungai Buloh.

“Mangsa seorang lelaki warganegara tempatan berumur 23 tahun yang berkerja sebagai penghantar makanan telah datang ke balai polis membuat laporan berkenaan kemalangan tersebut.

“Berdasarkan video tular itu, kemalangan berlaku apabila kereta tersebut mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar belakang motosikal mangsa yang berada di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemandu kereta berkenaan bagaimanapun bertindak meninggalkan lokasi kejadian.

“Susulan kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan ringan di tangan, kaki, peha dan betis. manakala motosikal mangsa pula mengalami kerosakan di beberapa bahagian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.

Tambah Nik Ezanee, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Saidatul Asma Ariffin di talian 018-9765949 atau 03-79662222. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI