fbpx

Maqis rampas 2,376 kg brokoli berkulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brokoli berkulat yang dirampas di Pelabuhan Klang Barat, kelmarin

SHAH ALAM – Sebanyak 2,376 kilogram (kg) brokoli berkulat bernilai RM15,684.46 yang dimport dari China dirampas di Pelabuhan Klang Barat, Pelabuhan Klang dekat sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, rampasan itu hasil pemeriksaan rutin terhadap kontena yang di pelabuhan tersebut.

“Dagangan brokoli tersebut telah ditahan oleh pihak Maqis kerana dipercayai mempunyai kulat pada brokoli tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui brokoli seberat 2,376 kg dengan nilai dagangan dianggarkan berjumlah RM15,684.46,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Tamisal, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam tahun dan denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua–duanya sekali,” tegasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI