fbpx

Wang ehsan RM4.2 juta untuk bina rumah asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua kanan) menerima cek zakat berjumlah RM142,733 daripada Ibrahim di Pejabat MAIK hari ini.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah memperuntukkan RM4.2 juta wang ehsan pada tahun ini bagi pembinaan rumah kepada 80 golongan asnaf menerusi program Bantuan Rumah Kediaman.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifli Ab. Rahman berkata, setiap kos rumah yang dibina itu dianggarkan bernilai RM48,000.

“Kita sudah menerima senarai 80 golongan asnaf itu untuk menyediakan rumah tersebut yang dijangka akan dibina pada tahun hadapan.

“Semua permohonan mengikut syarat yang ditetapkan dan mereka yang layak sahaja di setiap daerah,” katanya kepada selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2019 Dan Perbincangan Kerjasama Strategik Agrobank-MAIK.

Pada majlis itu, Pengarah Wilayah Agrobank, Ibrahim Syed Mohd Al Mashoor menyerahkan zakat berjumlah RM142,733 kepada MAIK.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI