fbpx

Ari Lasso sakit tulang belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARI LASSO

SELEPAS empat hari dirawat di Hospital Premier Bintaro, Tangerang Selatan kerana masalah sakit tulang belakang, penyanyi Ari Lasso akhirnya dibenarkan pulang ke rumahnya apabila doktor mengesahkan masalahnya semakin pulih.

Mantan vokalis Dewa 19 itu menerusi status Instagram pada 20 September lalu memaklumkan perkara tersebut kepada peminat.

“Di hari minggu yang mendung ini, sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah menonton perlawanan antara Liverpool fc lawan Chelsea pada malam nanti,” ungkapnya.

Penyanyi berusia 47 tahun itu juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan jururawat yang telah merawatnya.

Terdahulu, Ari dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit belakang yang serius. Dia juga menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan ke wad untuk rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI