fbpx

Akta baharu perjudian haram bakal diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR -Kerajaan bakal memperkenalkan undang-undang baharu atau akan menambah baik akta sedia ada bagi memastikan kes perjudian haram dapat ditangani secara berkesan di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, bagi mencapai hasrat itu, kerajaan sedang melaksanakan perbincangan dan kajian secara teliti bagi memastikan pelaksanaan undang-undang tersebut dapat dibangunkan secara efektif.

“Kementerian Dalam Negeri sentiasa memperhalusi dan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengeluarkan lesen perniagaan bagi sesuatu aktiviti perniagaan.

“Kita juga telah dijemput dan mengadakan perbincangang bersama Menteri Kewangan mengenai perjudian awam yang kita harus perketatkan dan di tambah baik dari segi perundangan agar kita dapat tangani secara berkesan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Ir Md. Nasir Hashim tentang sama ada kerajaan akan melaksanakan undang-undang lebih ketat kepada kegiatan perjudian haram. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI