fbpx

Sedia terima tawaran selepas kena pecat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATIANANTHAN ralat dipecat kerana beliau percaya mampu mengemudi Selangor untuk memenangi baki tiga perlawanan Liga Super seterusnya.

JURULATIH berpengalaman, B. Satiananthan tidak mahu me­nunggu lama dan bersedia untuk kembali ke lapangan jika mendapat tawaran sesuai daripada mana-mana pasukan khususnya Liga Malaysia (Liga M) selepas ini.

Sebagai rekod, jodoh Satia­nanthan bersama pasukan Selangor tidak berpanjangan selepas beliau dipecat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) susulan kekalahan memalukan 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu lalu.

Satiananthan memberitahu, buat masa ini dia mahu memberi tumpuan untuk bersama keluarga selepas hampir dua tahun berkhidmat bersama skuad Gergasi Merah tetapi terbuka untuk menerima apa-apa tawaran jika bersesuaian.

“Saya belum ada peranca­ngan selepas ini kerana mahu me­numpukan perhatian bersama keluarga. Namun, jika ada mana-mana pasukan yang memberikan tawaran serta projek yang bagus, mungkin saya akan pertimbangkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Difahamkan, beberapa pasukan bertaraf negeri dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu jika ada rombakan di posisi ketua jurulatih selepas tamat saingan Liga M musim ini.

Semalam, FAS mengesahkan khidmat pengendali berusia 62 tahun itu ditamatkan berkuat kuasa serta merta dengan posisi­nya digantikan dengan Pengarah Teknikal pasukan, Michael Feichtenbeiner buat sementara sehingga penghujung musim.

Mengulas lanjut, Satiananthan mengucapkan terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pemain serta pengurusan FAS sepanjang mengendalikan skuad Gergasi Merah sejak November 2018.

“Tiada komen negatif yang saya mahu keluarkan kecuali ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong saya selama ini. Cuma, saya akui agak ralat kerana jika diberi masa, kami boleh menang baki tiga perlawanan liga selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI