fbpx

[KEMASKINI] Penjenayah larikan RM3 juta barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI bersenjatakan parang rompak sebuah kenderaan sebelum melarikan pelbagai jenis barang kemas di Lebuh Raya Sungai Besi kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis malam tadi mendedahkan nilai barang kemas yang dirompak sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang di Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dianggarkan RM3 juta.

Difahamkan, emas seberat 12 kilogram itu terdiri daripada emas terpakai dan emas yang siap ditempah beberapa kedai emas di ibu negara untuk pelanggan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, siasatan mendapati suspek turut melarikan wang tunai berjumlah RM67,000.

Katanya, pemeriksaan mendapati dua kenderaan pacuan empat roda yang digunakan suspek adalah kenderaan klon dan pengesahan sudah dibuat dengan pemilik asal.

“Setakat ini, kita sudah merakamkan keterangan lapan saksi yang terlibat termasuk perakam video kejadian yang merupakan pemandu e-hailing.

“Barang kemas yang dilarikan bernilai RM3 juta manakala Toyota Hilux dinaiki pengadu yang dibakar bernilai RM70,000,”katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi .

Menurutnya lagi, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan termasuk mengesan suspek.

Dalam perkembangan sama, Zairulnizam meminta orang ramai untuk menghubung pihak polis sekiranya melihat kejadian jenayah berbanding menyebarkan perkara itu di media sosial.

“Lapor terus pada polis supaya tindakan boleh diambil berbanding kongsi di media sosial.

“Tindakan itu akan menyebabkan penjenayah sempat melarikan diri serta benda buruk di luar jangkaan berlaku,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI