fbpx

‘Rasul Melayu’ dicekup bersama 16 pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
'Rasul Melayu' ( tengah, baju kemeja biru) ditangkap penguat kuasa JAIS di sebuah rumah di Kemensah, Hulu Klang di sini malam tadi.

SHAH ALAM – Tindakan ketua ajaran sesat Rasul Melayu cuba menghidupkan semula ajaran tersebut sejak April lalu berakhir selepas diberkas bersama 16 pengikutnya di tiga buah lokasi berasingan malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 9 malam itu, kesemua mereka termasuk ketuanya, yang berusia 14 hingga 70 tahun ditangkap di Kemensah, Hulu Klang; Sungai Long, Kajang dan Keramat, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, berdasarkan risikan mendapati fahaman ajaran itu disebarkan dalam kalangan pengikutnya seramai 97 individu menerusi pembentukan kumpulan aplikasi laman sosial Facebook dan WhatsApp.

“Sewaktu serbuan dilakukan di tiga buah rumah di tiga lokasi itu mendapati mereka sedang berhimpun bermesyuarat dalam kalangan mereka yang di tangkap di Kemensah.

“Kita turut menyita beberapa buku, telefon bimbit, komputer riba, al-Quran terjemahan dan risalah berkaitan ajaran tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di selepas majlis mesra media di sini hari ini.

Beliau menegaskan kesemua tangkapan itu disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 (Doktrin Palsu), Seksyen 8,Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Dakwaan Palsu), Seksyen 12(c), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 (Menghina Pihak Berkuasa Agama).

“Mereka semua juga turut didakwa mengikut Seksyen 13, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 (Pendapat yang Bertentangan Dengan Fatwa), Seksyen 16,Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)1995 (Penerbitan Agama yang Bertentangan Dengan Hukum Syarak) dan Seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (Percubaan),” katanya.

Untuk rekod, ketua ajaran sebelun ini dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Oktober 2009.

Ajaran itu telah difatwakan sesat pada 28 Mac 1991 dan diwartakan pada 29 Ogos 1991 oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Shahzihan menegaskan pihaknya mengesan sebanyak 17 ajaran sesat yang aktif di negeri ini.

“Ini termasuk ajaran baharu yang sedang diperincikan dan diteliti pihaknya sebelum serbuan dilakukan terhadap kumpulan-kumpulan tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI