fbpx

Mayat anak pula ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan SAR membawa mayat Muhammad Azwan yang ditemui pada jarak tiga batu nautika dari lokasi dilaporkan hilang di Sungai Muar hari ini.

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR- Mangsa terakhir yang dilaporkan hilang di Sungai Muar ketika mencari kepah kelmarin, ditemui mati lemas pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, mangsa Muhammad Azwan Zainal, 25, ditemui pukul 9.50 pagi pada jarak tiga batu nautika dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Menurutnya, mangsa terakhir ditemui oleh sepasukan nelayan yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pada pukul 9.50 pagi, maklumat diterima daripada nelayan berhubung penemuan satu mayat lelaki hanyut di perairan Sungai Muar di sini.

“Mayat kemudian diserahkan kepada anggota keselamatan dan dibawa naik di pengkalan Jeti Marin sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Waris kemudian mengesahkan mangsa adalah Muhammad Azwan,” katanya dalam sidang akhbar di Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar, sebentar tadi.

Mohammad berkata, rentetan penemuan mayat terakhir dalam tragedi lemas dua beranak ini, pusat SAR di Marina Bay, Tanjung Emas kini ditutup sepenuhnya.

Semalam, mayat pertama, Zainal Jerman, 61  ditemui pada pukul 3.25 petang di kedudukan kira-kira satu batu nautika daripada lokasi dua beranak itu dilaporkan hilang.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pihak polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.55 petang berhubung kehilangan dua nelayan pantai yang dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di Sungai Muar.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI