fbpx

Lagi tulang rusuk mangsa ditimpa konkrit dilaporkan patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Aqila kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang.

KUALA LUMPUR – Satu lagi tulang rusuk kiri pemandu wanita yang cedera selepas keretanya ditimpa sebuah bongkah konkrit pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Sabtu lalu dilaporkan patah.

Bapa mangsa, Wan Maliki Wan Abdul berkata, perkara itu dimaklumkan pegawai perubatan sebuah hospital swasta di Jalan Ampang yang kini merawat anak keduanya itu.

“Saya baru dimaklumkan oleh doktor satu lagi tulang rusuk kiri Wan Aqila Hanes patah dan secara keseluruhan empat tulang rusuk dilaporkan patah setakat ini.

“Dia (mangsa) masih menerima rawatan dan kami sekeluarga mengharapkan dia cepat sembuh,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan keluarga kepada wanita yang cedera akibat ditimpa sebuah bongkah konkrit pembinaan SUKE belum berminat memfailkan sebarang saman ekoran tidak membuat perbincangan mengenainya lagi.

Sebaliknya, ahli keluarga mangsa mahu memberi tumpuan terhadap kesihatan mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI