fbpx

Kereta remuk akibat terkena besi pencangkuk kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dipandu mangsa remuk akibat terkena besi pencangkuk kren di Jalan Len Sen, Cheras semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menafikan dakwaan sebuah kereta ditimpa runtuhan konkrit di Jalan Len Sen di sini semalam.

Sebaliknya, kereta jenis Proton Saga yang dipandu P. Sivalingam, 50, itu dilaporkan dilanggar sebuah kren ketika melalui jalan tersebut dari arah Cheras.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam ketika pemandu e-hailing itu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Len Sen.

“Kereta mangsa dilanggar dari arah belakang sebelum pencangkuk besi kren itu terkena bahagian bumbung kereta.

“Akibat kejadian itu, mangsa terperangkap dalam keretanya sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada serpihan objek ditemui dalam kereta tersebut.

“Tiada laporan membabitkan kejadian dibuat oleh pemandu kren setakat ini dan ketika kejadian, dia dilaporkan tidak memberhentikan kenderaan berat itu.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 3(2) (Kaedah Lalu Lintas) LN 166/59,” ujarnya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar serta klip video yang menunjukkan bumbung sebuah kereta remuk akibat dihempap runtuhan konkrit di kawasan pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Taman Len Seng, Cheras. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI