fbpx

ATM patahkan cubaan lapan PATI menyusup masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapan PATI warga Indonesia yang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita ditahan sepasukan anggota ATM dalam Ops Benteng di pesisir pantai Desaru, Kota Tinggi pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Hasrat lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba menyusup masuk negara ini gagal selepas kesemuanya ditahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Op Benteng pagi tadi.

Kesemua PATI warga Indonesia yang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita ditahan kira-kira pukul 3.40 pagi berdekatan pesisir pantai Kompleks Rakan Muda, Desaru, Kota Tinggi, Johor.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata, tangkapan tersebut dilakukan di sektor kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD).

Katanya, anggota petugas pos kawalan pada awalnya telah mendengar bunyi bot di pesisir pantai berkenaan sebelum kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah diatur gerak ke lokasi.

“Hasil penjejakan dari kesan tapak kaki sekitar pesisir, anggota kemudian menuju ke arah hutan. Anggota berjaya mengesan kedudukan PATI pada jarak kira-kira 400 meter dari lokasi pos kawalan.

“Hasil serbuan, pasukan QRF berjaya menahan lapan PATI warga Indonesia yang baru tiba dari Indonesia sedang bersembunyi di dalam hutan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pasukan serbuan turut merampas beberapa barangan termasuk pelbagai matawang dan telefon bimbit dianggarkan berjumlah RM7,930.

“Kesemua PATI telah di bawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk pemeriksaan dan
saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen,”ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI