fbpx

16 tahun jual produk guna logo halal tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa JAIS memeriksa produk makanan iaitu sejenis jeli yang diproses menjadi mee diimport daripada negara China yang dijual menggunakan produk halal tidak sah.

SHAH ALAM – Kegiatan sebuah syarikat mengimport produk makanan dan minuman menggunakan logo halal tidak sah serta iktiraf  sejak 16 tahun lalu berakhir selepas premisnya diserbu pihak berkuasa di Gombak hari ini.

Serbuan pada pukul 10.45 pagi turut merampas 7,260 bungkus produk bernilai RM22,056 oleh sepasukan penguat kuasa Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan menemui beberapa produk makanan iaitu sejenis jeli yang diproses menjadi mi diimport dari negara China.

Katanya, syarikat tersebut menjadi pengedar kepada produk tersebut di negara ini.

“Semakan dalam Sistem Pensijilan Halal Malaysia juga mendapati, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Berdasarkan siasatan awal, syarikat yang telah beroperasi sejak 16 tahun lalu itu tidak mengetahui berkenaan penyalahgunaan logo halal yang tidak diiktiraf tersebut kerana hanya mengimport dan mengedarkan produk tersebut di kedai sekitar Lembah Klang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis mesra media di sini semalam.

Jelas beliau, kes itu disiasat mengikut Peraturan 4 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu semua makanan tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan diperakukan oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo.

“Pihaknya juga menyiasat kes tersebut di bawah Sekyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Shahzihan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan logo halal  melaporkannya kepada Bahagian Pengurusan Halal, JAIS atau melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC). – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI