fbpx

Warga emas hilang ketika kutip sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

MIRI – Seorang warga emas dilaporkan hilang berhampiran Jalan Hospital di sini selepas tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Mangsa dikenali sebagai Razaniee Tali, 70, dilaporkan keluar rumah pada awal pagi ke semak berhampiran Jalan Hospital untuk mencari sayur

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknta menerima laporan kecemasan pada pukul 11.25 malam tadi.

Katanya, hasil siasatan awal anak mangsa memberitahu bahawa kebiasaannya bapanya akan balik ke rumah  sebelah tengah hari.

“Namun sehingga pukul 5 petang, tiada kelibat mangsa pulang ke rumah.

“Anak mangsa berusaha mencari bapanya di semak yang diperginya selalu dan hanya terjumpa topi dan sayur yang ditinggalkan di tepi semak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, sepasukan bomba dikerahkan ke rumah anak mangsa di No 143, Kampung Wireless untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan mangsa.

“Atas persetujuan bersama keluarga, operasi pencarian akan disambung  pagi ini”, ujarnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI