fbpx

[VIDEO] Mandian lumpur gagal cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Tip dikongsi Ahli Parlimen India terbukti tidak berkesan

NEW DELHI – Seorang ahli ­Parlimen yang merakam ­video bermandi air lumpur ­dengan ­dakwaan cara itu boleh mencegah jangkitan Covid-19 kini disahkan positif virus korona, lapor Daily Mail kelmarin.

Ahli Parlimen negeri ­Rajasthan, Sukhbir Singh ­Jaunapuria ialah salah seorang ­daripada 24 Ahli Parlimen India yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada 14 September lalu.

Kira-kira sebulan lalu, ­Jaunapuria berkongsi klip video itu di Facebook yang ­menunjukkan beliau sedang bergelumang dalam air lumpur tanpa memakai baju.

“Keluarlah. Bermain dalam hujan, duduk atas debu dan ­bekerja di ladang. Ini akan bantu bina sistem imuniti tubuh diri seseorang,” katanya.

Jaunapuria ialah ­satu-satunya ahli politik terkenal yang ­mencadangkan kaedah pelik itu sebagai rawatan koronavirus.

Sebelum ini, Presiden Belarus, Alexsander Lukashenko menarik perhatian ramai pada awal ­tahun ini dengan mengatakan aksi ­menaiki traktor, minum vodka dan mandi sauna boleh cegah ­virus korona. Bagaimanapun, ­beliau disahkan positif Covid-19.

India kini berdepan ­peningkatan kes positif Covid-19 dengan tambahan kes ­sebanyak 1 juta dalam tempoh 11 hari. India mencatat jumlah kes positif ­lebih lima juta orang dengan 83,000 ­kematian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI