fbpx

Geng Mat Turbo kecundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Tindakan sekumpulan individu yang digelar Geng Mat Turbo mencuri lembu milik seorang wanita akhirnya mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan polis dalam beberapa siri serbuan di sekitar Pahang dan Lembah Klang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita warga tempatan memaklumkan tentang kejadian curi lembu miliknya di Kampung Melayu Batu Arang di sini.

“Menurut wanita tersebut, dia telah dihubungi oleh seorang kenalan yang memaklumkan tentang kejadian curi lembu miliknya dan selepas membuat tinjauan ke lokasi, pengadu mendapati lima ekor lembu telah hilang malah turut menemui satu alat suntikan pada badan salah seekor lembunya.

“Wanita berkenaan turut dimaklumkan bahawa terdapat beberapa individu telah menarik lembu-lembu miliknya ke dalam dua buah kereta jenis Proton Exora dan Subaru Exiga,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Arifai, susulan maklumat diperolehi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah melakukan tangkapan ke atas dua lelaki dan seorang wanita tempatan kira-kira pukul 4.30 petang di sekitar Pandan Indah pada 19 September lalu.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek terlibat dalam kes curi lembu pengadu bersama empat lagi rakan mereka yang masih bebas dan kumpulan tersebut turut terlibat dalam beberapa kes mencuri lembu di sekitar Jerantut dan Jengka, Pahang serta di Semenyih, Selangor.

“Susulan tangkapan tersebut, pihak polis seterusnya berjaya mengesan dan menahan tiga lagi suspek di sekitar Felda Mawaqr Jengka 10, Pahang, Taman Impian Ehsan, Balakong dan Pandan Indah, Selangor.

Tambah Arifai, kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 31 tahun dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Pihak polis turut merampas sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Subaru Exiga, peralatan yang digunakan untuk mecuri lembu dan wang tunai berjumlah RM2,000.

“Kesemua suspek yang ditahan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI