fbpx

APMM tahan kapal tangki, bot nelayan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM menahan kapal tangki dan bot nelayan asing yang menceroboh perairan Johor Timur, Kota Tinggi semalam.

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tangki dari Mongolia dan bot nelayan asing tanpa nama dalam dua kejadian berasingan di perairan Johor Timur di sini semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Tan Ah Bik berkata, dalam kejadian pertama, kapal tangki yang berdaftar di Ulaanbaatar, Mongolia ditahan pada pukul 1.35 tengah hari.

Katanya, kapal tangki itu ditahan atas kesalahan berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 14 batu nautika timur Tanjung Siang.

“Pemeriksaan mendapati kapal tangki itu dikendalikan oleh enam lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 24 hingga 63 tahun.

”Pemeriksaan ke atas dokumentasi mendapati kapal didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B(1)(l) OPS 1952 kerana berlabuh tunggu tanpa pemakluman Pengarah Laut.

“Jika disabitkan kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM 100,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam kejadian kedua, sebuah bot nelayan asing tanpa nama disyaki bot nelayan Indonesia turut berjaya ditahan ekoran cubaan memasuki perairan Malaysia melalui pintu yang tidak sah.

Jelasnya, tangkapan dilakukan pada pukul 3.02 petang di lebih kurang 14.2 batu nautika timur Tanjung Siang.

“Pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh dua kru warga Indonesia berumur 35 tahun dan 45 tahun.

“Kes akan disiasat mengikut Akta Akta Kastam 1967 kerana berapung-apung (hovering) dalam perairan Malaysia.

“Kes turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959 Seksyen 5 kerana cubaan memasuki Perairan Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan dan Akta Perikanan 1985 Seksyen 16(3) iaitu memasuki perairan Malaysia tanpa notifikasi,” katanya lagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI