fbpx

Kereta terbabas masuk restoran, langgar pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedudukan mangsa yang terperosok dibawah MPV sebelum diselamatkan orang ramai.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

PORT DICKSON – Seorang pejalan kaki mengalami kecederaan di kepala dan patah tangan kiri apabila dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mazda yang terbabas sebelum merempuh sebuah restoran di Lukut di sini semalam.

Saksi kejadian, Samy, 51, yang juga pelanggan restoran berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, dia terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat ketika sedang minum di restoran berkenaan.

“Kemudian saya lihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bawah sebuah kereta yang terbabas masuk ke dalam restoran.

“Saya bersama beberapa saksi lain cuba membantu mengeluarkan mangsa dengan mengangkat bahagian belakang kenderaan itu beramai-ramai sebelum mangsa  berjaya diselamatkan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati pemandu MPV terbabit terbabas masuk ke dalam restoran itu ketika sedang mengundurkan kenderaannya.

“Pemandu tersebut yang merupakan seorang guru berusia 48 tahun didapati hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan parkir sebelum melanggar pejalan kaki yang berada di belakang kenderaannya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa, R. Palanianyi, 63, cedera di kepala dan patah tangan kiri di bawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu MPV bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan
dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI