fbpx

Hafizh mohon bantuan pakar ISN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH berharap ISN dapat menghulurkan bantuan dengan menyediakan pakar fisioterapi kepada para pelumba negara yang beraksi di Eropah.

PELUMBA muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah memohon kepakaran dan bantuan Institut Sukan Negara (ISN) dalam usaha membantu pelumba-pelumba Malaysia yang bersaing pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dan Kejuaraan Moto2 Eropah (CEV).

Pada bulan lalu, Hafizh terlibat dalam insiden ngeri yang hampir meragut nyawa apabila terbabit dengan kemalangan pada Grand Prix (GP) Austria bulan lalu.

Hafizh bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius dan hanya cedera pada kaki kiri­nya akibat terpelanting jauh selepas melanggar jentera pelumba Italtrans Racing Team, Enea Bastianini.

Justeru, Hafizh berpendapat, jika ISN dapat menghulurkan bantuan dengan menghantar pakar fisioterapi mengikut pasukan negara ketika saingan, ia sedikit sebanyak dapat membantu me­rawat pelumba negara yang sedang beraksi.

Tambahnya, cadangan tersebut juga wajar dipertimbangkan memandangkan mereka perlu berdepan perlumbaan secara berturut-turut musim ini selepas dunia dilanda penularan pandemik Covid-19.

“Terdapat pelbagai manfaat diperoleh jika menggunakan fisio­terapi sendiri terutama dari segi komunikasi dan tidak mene­lan belanja terlalu tinggi. Jika kita menggunakan fisioterapi luar, terdapat masalah komunikasi di situ walaupun saya boleh berbahasa Inggeris dan Sepanyol.

“Sebanyak RM600 dikenakan bagi satu sesi dan kos tersebut agak tinggi bagi kami yang kini berada di Eropah.

“Kalau permohonan kepada ISN berjaya, maka bagi saya ­syukur Alhamdulillah kerana kami di sini akan dapat khidmat yang baik dan mampu pulih cepat jika mengalami kecederaan.

“Pada masa sama, kita juga boleh membantu Khairul Idham Pawi dan pelumba lain terutama pada Kejohanan CEV di Eropah,” kata Hafizh kepada Kosmo! baru-baru ini.

Selain Hafizh, pelumba negara lain adalah Khairul Idham Pawi (Moto3 Petronas Sprinta Racing) dan Kasma Daniel Kasmayudin (Onexox TKKR SAG Team) turut beraksi pada saingan MotoGP manakala pentas CEV melibatkan Adam Norrodin bagi kelas Moto2, Syarifuddin Azman (Moto3) dan Sharul Ezwan (European Talent Cup).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI