fbpx

[VIDEO] Ribut landa Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang rosak selepas dihempap pokok dalam kejadian ribut di Kota Bharu tadi.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Beberapa kawasan di sekitar di daerah ini terjejas selepas berlaku kejadian ribut sewaktu hujan lebat dalam tempoh singkat sebentar tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 itu menyebabkan beberapa tapak perniagaan rosak teruk terutamanya yang berada berhampiran pasar raya Tesco dekat Lembah Sireh di sini.

Sewaktu ribut berlaku, payung dan kanopi milik peniaga terbalik malah ada yang diterbangkan angin kuat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima beberapa maklumat dan panggilan awam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes pertama melibatkan pokok tumbang dan menghempap tiga kereta di depan bangunan di Mahkamah Lama Kota Bharu di sini pada pukul 3.21 petang.

“Diikuti kes kedua, ia melibatkan sebuah kereta yang diparkir di Jalan Kebun Sultan yang turut dihempap pokok pada pukul 4.01 petang.

“Bagi kes ketiga, pokok tumbang menyebabkan laluan terhalang di Jalan Bayam di sini pada pukul 5.25 petang,” katanya.

Katanya, pasukan bomba mengambil masa antara 20 hingga 30 minit untuk memotong pokok yang tumbang sebelum ia dialihkan ke tempat yang sesuai bagi memastikan laluan berjalan lancar dan selamat.

Beliau berkata, bagaimanapun, kejadian ribut itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI