fbpx
SEORANG lelaki yang didapati bersalah terlibat aktiviti seksual dengan remaja bawah umur disebat di bandar Lhokseumawe, Aceh Utara hari ini. - AFP

Lelaki Indonesia disebat kerana jenayah seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LHOKSEUMAWE, Indonesia – Empat lelaki disebat di khalayak ramai di sebuah wilayah Indonesia hari ini di bawah undang-undang syariah selepas mereka didapati bersalah terbabit aktiviti seksual dengan remaja bawah umur.

Hukuman itu dilaksanakan di hadapan pejabat pendakwa raya wilayah Aceh Utara dengan dikawal oleh anggota-anggota polis.

Keempat -empat pesalah yang memakai jubah putih dan pelitup muka, disebat menggunakan rotan.

Dua pesalah  yang berumur 18 dan 21 tahun, masing-masing disebat 100 dan 105 kali kerana mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur, manakala pesalah lebih muda itu turut dihukum penjara 10 bulan.

Seorang lagi pesalah berumur 25 tahun disebat 75 kali kerana mencabul seorang kanak-kanak, sementara lelaki keempat yang berusia 30 tahun menerima 30 sebatan kerana melakukan gangguan seksual.

Di sebalik pandemik koronavirus yang melanda Indonesia, berpuluh-puluh penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut sambil mengejek pesalah tersebut.

“Kerajaan Aceh Utara akan terus menguatkuasakan undang-undang syariah walaupun di peringkat kampung supaya perkara seperti ini tidak lagi berlaku di wilayah kami,” kata Timbalan Ketua Daerah, Fauzi Yusuf.

Aceh yang merupakan wilayah paling barat di Indonesia dan terletak di hujung Pulau Sumatera adalah satu-satunya rantau di negara itu yang melaksanakan hukum syarak.
Ia menguatkuasakan hukuman sebat untuk pelbagai kesalahan termasuk pelacuran, perjudian , hubungan sulit, minum arak dan gay seks. – AFP

POPULAR