fbpx

17 usahawan Felda Bilut terima geran RM250, 000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shahriman (tiga dari kiri) menyampaikan replika geran kepada salah seorang peserta BiCEP sambil disaksikan oleh Othman (kiri sekali) dan Azraai (kanan sekali) di hotel Grand Blue Wave, Shah Alam di sini hari ini.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Seramai 17 usahawan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Bilut, Pahang mendapat geran sebanyak RM250, 000 melalui Program Keusahawanan Felda BILUT-CIMB (BiCEP).

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Emiritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim berkata, program itu dijalankan bagi mengajar usahawan daripada Felda menjalankan perniagaan secara formal.

“Modul yang dibangunkan oleh pihak UiTM dalam program ini telah direka supaya sesuai digunakan oleh usahawan Felda Bilut.

“CIMB Islamic telah menawarkan diri untuk membiayai program ini melalui perlaksanaan tanggungjawab sosial korporatnya,” katanya pada sidang akhbar dalam program penyerahan geran peserta BiCEP di hotel Grand Blue Wave di sini, hari ini.

Penyampaian geran itu telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Banking, Ahmad Shahriman Mohd Shariff.

Sementara itu, Pengarah Urusan Felda, Datuk Dr. Othman Omar memberitahu, program tersebut merupakan satu usaha baik kepada usahawan Felda bagi mendedahkan mereka dengan dunia perniagaan.

Tambah beliau, Felda sentiasa mencari jalan membantu peneroka dan anak penerokanya untuk berjaya bidang dalam perniagaan mereka.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI