fbpx

Pas akan lancar jentera PRN Sabah malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap pada sidang akhbar mengenai Penubuhan Unit Cegah Jenayah Alam sekitar di Kementerian Alam Sekitar Dan Air, Putrajaya, di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Biarpun tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah namun, Pas tetap menggerakkan jenteranya bagi membantu calon Perikatan Nasional (PN) dan calon lain dalam komponen PN.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Man Tuan Ibrahim berkata, beliau akan ke Sabah petang esok bagi melancarkan jentera PAS bagi PRN berkenaan.

Katanya, jentera berkenaan akan memastikan setiap kerusi ditandingi PN dan rakan parti komponen PN dapat dimenangi.

“Ini adalah komitmen Pas, walau tidak bertanding tapi kami tetap lancar jentera untuk memastikan kita menang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya berhubung soal pertembungan kerusi membabitkan calon-calon PN, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi PRN kali ini, Tuan Ibrahim berkata, Pas menyerahkan isu berkenaan kepada kebijaksanaan semua parti yang bertanding memandangkan penamaan calon sudah dibuat.

“Saya difahamkan masing-masing ada pertemuan dan perbincangan setiap hari antara pemimpin parti berkenaan bagi membincangkan isu berbangkit. Saya yakin mereka boleh selesaikan, insya-Allah,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI