fbpx

Maqis Johor rampas 1,248kg limau mandarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 1,248 kg buah limau mandarin ditahan Maqis Johor kerana dibawa masuk ke Malaysia tanpa permit.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 1,248 kilogram (kg) buah limau mandarin di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini semalam.

Pengarah MAQIS Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, pihaknya menahan kenderaan membawa buah limau mandarin tersebut pada pukul 1 petang.

Katanya, nilai barang dagangan itu dianggarkan sebanyak RM12,480.

“Pemeriksaan ke atas lori jenis Mitsubishi Fuso menemui sebanyak 1,248kg limau mandarin jenis Honey Murcott.

“Semakan lanjut mendapati barang dagangan itu tidak memiliki permit import sah daripada Maqis,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Nur Afifah, pemandu kenderaan berusia 47 diambil keterangan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Maqis komited menguatkuasakan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan
terpelihara,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI