fbpx

Seorang maut dua kenderaan bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toyota Avanza dipandu mangsa mengalami kebakaran kecil selepas bertembung dengan Proton X70 di Bukit Mertajam awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang pengurus pemasaran terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kulim, Taman Bandaraya, Bukit Mertajam di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Sim Wei Jaan, 38, meninggal dunia ketika tiba di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini kira-kira 20 minit kemudian dipercayai akibat kecederaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila MPV jenis Toyota Avanza dipandu mangsa telah terbabas.

“Kenderaan mangsa datang dari arah Bukit Mertajam menghala ke Machang Bubok sebelum memasuki ke laluan bertentangan di tempat kejadian.

“Ia kemudian melanggar bahagian hadapan SUV jenis Proton X70 dipandu lelaki berusia 49 tahun yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan bonet Toyota Avanza mengalami kebakaran kecil,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Shafee, akibat kejadian itu, pemandu kedua-dua kenderaan dikejarkan ke HBM untuk menerima rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 2.25 pagi.

“Pemandu Proton X70 hanya cedera ringan dan sakit-sakit pada pinggang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI