fbpx
Banjir yang melanda tiga kampung di Kuala Kangsar menyebabkan lebih 100 penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.

Lebih 100 penduduk Kuala Kangsar terjejas akibat banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh SHAARANI ISMAIL

KUALA KANGSAR – Lebih 100 penduduk membabitkan 20 keluarga terpaksa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selepas tiga kampung di daerah ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, tiga kampung berkenaan adalah Kampung Talang Hulu, Kampung Talang Hilir dan Kampung Lembah di Padang Rengas.

Katanya, setakat jam 7.30 pagi tadi, PPS yang dibuka adalah di asrama kediaman Kolej RISDA, Padang Rengas yang menempatkan tujuh keluarga.

“PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Stor juga menempatkan tujuh keluarga penduduk Kampung Talang Hulu manakala PPS DOR Kampung Talang Masjid membabitkan enam keluarga dari kampung Talang Hilir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini air sudah dilaporkan surut dan hujan juga sudah mulai berhenti.

“Bagaimanapun bomba masih menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan terkawal,” katanya. – K! ONLINE