fbpx

[VIDEO] Air sungai melimpah, Kampung Melayu Subang banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna di dalam kumpulan Facebook Kampung Melayu Subang memaparkan banjir kilat yang berlaku selepas hujan lebat lebih sejam.

PETALING JAYA – Paras air di Kampung Melayu Subang dilaporkan naik ekoran hujan lebat yang berlaku sejak pukul 5 petang tadi.

Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Facebook, beberapa laluan utama di kawasan ini terputus susulan limpahan air dari sungai berdekatan menyebabkan beberapa kediaman turut dinaiki air.

Turut kelihatan sebuah kereta jenis Axia hampir tenggelam akibat paras air yang semakin meningkat.

Difahamkan ibu bapa juga terperangkap dan tidak dapat mengambil anak-anak yang pulang dari sekolah ekoran jalan raya terhalang.

Antara lokasi yang difahamkan terlibat setakat ini adalah Pekan Subang, Lorong Haji Misbah, Jalan Merbau dan lain-lain lokasi berhampiran.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri di Semenanjung sehingga pukul 6 petang ini

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, cuaca buruk di sebelah petang yang tertumpu di kebanyakan negeri Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, dan Johor itu berikutan fenomena penumpuan angin dari pelbagai arah di kawasan perairan Selat Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI