fbpx

NHDP pastikan tiada bakat hoki tersisih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MHC telah mengadakan satu pertandingan di peringkat akar umbi iaitu kejohanan hoki bawah 14 tahun lelaki dan wanita pada tahun lepas. - FB MHC

KUALA LUMPUR – Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memandang serius aspek pembangunan peringkat akar umbi apabila bakal melancarkan Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) pada 1 Oktober depan.

Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Hoki Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri itu bakal memberi fokus sepenuhnya kepada pemain-pemain dari usia bawah 12 hingga 16 tahun.

Timbalan Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan MHC, Prof. Datuk Dr. S. Shamala berkata, pihaknya akan melakukan pemetaan program buat pemain-pemain dengan lebih terperinci supaya tiada bakat baharu yang tercicir daripada landasan sepatutnya.

“Masalah utama sebelum ini kita tak tahu jumlah tepat dan kekerapan pemain yang menyertai program pembangunan. Jadi, kita akan buat pemetaan untuk mendaftar pemain-pemain dalam program ini.

“Kalau seluruh negara termasuk di daerah-daerah yang kecil mempunyai program (pembangunan hoki), pemetaan ini akan dapat memastikan rekod pemain-pemain dalam program ini.

“Kita menyasarkan tiga hingga empat tahun untuk melihat produk daripada program pembangunan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan MHC kali ketiga di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

SHAMALA (dua dari kanan) sewaktu mempengerusikan mesyuarat ketiga Jawatankuasa Pembangunan MHC di Stadium Hoki Nasional hari ini. – FB MHC

Program NHDP yang akan memperkenalkan tiga struktur pusat latihan iaitu negeri, daerah dan akar umbi itu sepatutnya dilancarkan pada Mac lalu tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran penularan wabak Covid-19.

Contoh terbaik membuktikan kejayaan program seperti NHDP ialah Luqman Hakim Shamsudin iaitu produk Akademi Mokhtar Dahari daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang kini beraksi dengan kelab liga utama Belgium, KV Kortrijk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI