fbpx

Jauh yang mesra, dekat di telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAUH nyanyian Alan D, Somean dan Axel Jonas.

Boleh dikatakan, kumpulan rap popular, K-Clique tidak ‘menang tangan’ pada tahun ini. Selepas meledakkan arus perdana dengan single Mimpi (featuring Alif) dua tahun sudah, satu demi satu karya diluncurkan kumpulan asal Kota Kinabalu, Sabah itu.

Menariknya, setiap anggota K-Clique juga bebas berkolaborasi dengan mana-mana artis pilihan mereka. MK dengan Nabila Razali menerusi single Peluang Kedua, Noki pula muncul dengan dua single berjudul AEWO dan Gila.

ALAN D, Somean dan Axel kini muncul dengan single berjudul Jauh.

Seorang lagi anggota mereka, Somean juga tidak kurang hebatnya. Selepas Pulang (featuring AJ), dia kini muncul pula dengan single berjudul Jauh (bersama Alan D dan Axel Jonas).

Sebelum itu, K-Clique memberi ‘semboyan’ kepada industri muzik tanah air menerusi single Merais, sekali gus membuktikan mereka bukan kumpulan hip hop  yang boleh dimomokkan dengan frasa ‘one hit wonder’.

Bercakap tentang Jauh, lagu  berkenaan bukanlah karya terbaik yang dihasilkan salah seorang ahli K-Clique.

Bagaimanapun, jika ada yang bertanya, adakah lagu berkenaan bersifat mesra pendengar dan radio? Jawapannya, ya!

Urban

Nukilan liriknya ringkas. Kata orang, jauh di mata, dekat di hati. Buat penulis, peribahasa itu sudah cukup menyimpulkan isi lagu berkenaan.

Biarpun dipisahkan dengan jarak terutama disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda sehingga ke hari ini, rasa cinta antara dua jiwa tetap ada. Dunia tanpa sempadan.

Biarpun tidak bersua muka, dengan kuasa digital dan sebagainya, rasa itu  boleh diubati melalui komunikasi menggunakan telefon misalnya.

VIDEO muzik Jauh kini boleh ditonton menerusi YouTube Universal Music Malaysia pula dijayakan selebriti media sosial, Harvinth dan juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee.

Menyentuh tentang komposisi muzik, lagu berkenaan disuntik dengan sedikit elemen reggae, sementelah disempurnakan dengan vokal dan nyanyian rap Alan, Axel serta Somean yang bersifat minimalis, namun mempunyai jiwa tersendiri.

Bagi khalayak yang kurang mengenali siapa Alan dan Axel, mereka merupakan ahli kumpulan hip hop Mass Music. Untuk projek khas ini, hanya Alan dan Axel berkolaborasi dengan Somean.

Video muzik Jauh yang sudah boleh ditonton sejak seminggu lalu menerusi YouTube Universal Music Malaysia pula dijayakan selebriti media sosial, Harvinth dan juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee.

Secara keseluruhan, Jauh merupakan sebuah karya yang mudah melekat di halwa telinga pendengar.

Secara peribadi, penulis sebenarnya lebih gemarkan projek individu yang lahir daripada Noki, misalnya menerusi single Gila (featuring Loca B dan Kaka Azraff).

Begitu pun, Jauh juga mempunyai kualiti unik yang berpotensi besar menjadi siulan anak-anak muda dan tidak mustahil, tular dalam TikTok andai dipasarkan secara holistik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI