fbpx

Pencil Picture saman syarikat e-dagang popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerbit produksi Pencil Pictures And Record Sdn. Bhd. Datuk Normashayu Puteh (dua dari kanan) ketika hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat produksi Pencil Pictures And Record Sdn. Bhd. memfailkan saman terhadap sebuah laman e-dagang popular berhubung filem terbitannya Ada Apa Dengan Dosa (AADD) atas pelanggaran hak cipta dan dijual dengan harga serendah 80 sen di platform tersebut.

Saman itu difailkan oleh Pencil Pictures selaku plaintif melalui Tentuan Saiful, Roger & Co dengan menamakan syarikat e-dagang itu sebagai defendan tunggal pada 7 September lalu.

Dalam tuntutan saman itu, Pencil Pictures and Records mendakwa defendan telah melanggar hak cipta milik plaintif dengan mengedar atau menjual filem AADD menyebabkan orang lain untuk mengedar atau menjual filem tersebut milik defendan tanpa kebenaran atau lesen plaintif sebagai pemilik hakcipta
filem berkenaan.

Plaintif juga mendakwa akibat daripada pelanggaran hak cipta itu, terdapat penurunan mendadak ke atas pembelian filem tersebut di Astro First selain risiko mendapat kurang sambutan dan kutipan tiket dipawagam.

Selain itu penawaran harga serendah 80 sen adalah satu penghinaan, merendahkan martabat serta kreadibiliti terhadap plaintif.

Berikutan itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk selain satu perintah injunksi bagi menghalang defendan menjual dan mengedar filem tersebut.

Sementara itu peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Pencil Pictures And Record ketika ditemui di Mahkamah Tinggi hari ini berkata pihaknya memfailkan saman itu kerana syarikat e-dagang itu telah melanggar hak eksklusif dan menyebarkannya tanpa kebenaran.

“Pengurusan kes seterusnya pada 5 Oktober depan,” katanya.

Dalam pada itu, penerbit Pencil Pictures And Record Datuk Normashayu Puteh atau Ayu Puteh ketika ditemui berkata tindakan saman itu diambil kerana ia melibatkan titik peluh penggiat seni untuk menerbitkan sebuah karya.

“Kalau saya diamkan, saya rasa macam saya khianati diri sendiri. Saya seorang individu dan perlukan peguam serta hakim untuk menentukan kes ini dan cuba pastikan dalang-dalang tersebut diambil tindakan,” katanya.

Sebelum ini, pada 5 Ogos Kosmo! Online melaporkan Ayu meluahkan rasa kecewa apabila filem terbaharunya, Ada AADD telah dicetak rompak secara digital dan dijual pada harga RM1 dalam platform jualan atas talian.

Menurut Ayu, filem AADD yang telah ditayangkan secara eksklusif di saluran berbayar Astro First pada 4 Jun lalu dan mendapat kritikan yang positif daripada peminat.

Karya arahan Rahila Ali itu sepatutnya ditayangkan sekitar Mac atau April namun terpaksa ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum pihak penerbitan memutuskan untuk menayangkannya menerusi Astro First.

Filem AADD yang berkonsepkan Islamik itu menampilkan pelakon Wana Ali, PU Riz, Ashraf Muslim, Fasha Sandha dan Fauziah Nawi.

Sementara itu, selain produksi milik Ayu, Syarikat Enuja Production Sdn. Bhd. yang menerbitkan filem Town Mall turut memfailkan saman yang sama. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI