fbpx

Padang Terap kini zon hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan melaporkan, daerah Padang Terap di Kedah kembali kepada zon hijau hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter rasmi Kementerian Kesihatan.

Katanya, hanya lapan daerah dilaporkan berada dalam zon kuning dan tiga daerah zon merah.

“Lapan daerah berada dalam zon kuning ialah Kuala Muda dan Kubang Pasu, Kedah; Timur Laut, Pulau Pinang; Hulu Langat dan Klang, Selangor; Kuantan, Pahang; Kuching, Sarawak serta Kinabatangan, Sabah.

“Tiga daerah berada di zon merah ialah Kota Setar, Kedah serta Tawau dan Lahad Datu, Sabah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI