fbpx

Liverpool perlukan khidmat Alcantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCANTARA mampu menjadi nilai tambah buat Liverpool dalam usaha mereka mempertahankan gelaran musim baharu nanti. – AFP

LIVERPOOL – Bekas pemain Manchester United, Gary Ne­ville menggesa Liverpool membawa masuk pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara pada jendela perpindahan kali ini.

Beliau menegaskan, The Reds mungkin berdepan aksi tidak menentu sebaik saingan musim baharu bermula biarpun memegang status juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Neville percaya sekiranya skuad kendalian Jurgen Klopp itu mahu mengekalkan rentak terbaik, mereka perlu membawa masuk perancang tengah dari Sepanyol itu.

“Sebenarnya bukan mudah buat pemain-pemain Liverpool untuk memenangi Liga Juara-Juara serta Liga Perdana sebelum ini. Ia memerlukan pengorbanan cukup besar.

“Justeru, saya fikir Thiago mungkin akan jadi nilai tambah buat Liverpool kerana dia seorang pemain berkelas dunia. Mungkin sukar untuk Liverpool ulangi pencapaian itu sekira­nya tidak aktif pada jendela perpindahan,” kata Neville.

Pada masa sama, pengkritik bola sepak itu juga percaya The Reds masih lagi longgar pada bahagian tengah, sekali gus memerlukan pemain baharu di posisi berkenaan.

“Liverpool bukanlah pasukan sempurna kerana masih belum kompetitif di bahagian tengah. Thiago mampu beri kelebihan kepada mereka dari segi penguasaan bola dan hantaran,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI