fbpx

Harga RON95, RON97 turun lima sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 turun lima sen kepada RM1.66 sen seliter berbanding RM1.71 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 18 September depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga turun lima sen daripada RM2.01 kepada RM1.96 seliter.

Menurutnya, harga runcit diesel juga turun enam sen iaitu daripada RM1.78 seliter kepada RM1.72 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI