fbpx

Morata ada peluang kembali ke Turin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA dilaporkan menjadi sebahagian perancangan antara Juventus dan Atletico untuk membuat pertukaran dengan Costa. – AFP

TURIN – Pemain buruan Manchester United, Douglas Costa mungkin akan dijadikan umpan oleh pasukannya untuk pertukaran mendapatkan Alvaro Mo­rata dari Atletico Madrid.

Juventus dan Atletico dilapor­kan sudah memulakan perbincangan mengenai potensi pertukaran kedua-dua pemain ber­kenaan dan Morata dilihat le­bih sesuai beraksi di Serie A.

Perpindahan Morata ke Turin juga dikaitkan dengan faktor kemahuan isterinya yang gembira berada di sana selain pasangan itu turut mempunyai ramai rakan.

Laporan turut menyebut, proses tersebut juga mungkin melibatkan pertukaran kedua-dua pemain itu secara pinjaman dengan pilihan kontrak tetap kemudiannya.

Costa gagal memberikan aksi terbaik di Turin apabila hanya berjaya menjaringkan tiga gol dalam 29 penampilan tetapi kelibatnya turut diburu oleh United.

United meletakkan Costa sebagai sasaran utama selepas jurulatih baharu, Andrea Pirlo memberitahu bahawa pemain itu tidak berada dalam peranca­ngannya.

Pada Ogos lalu, United telah mengemukakan tawaran bernilai £27 juta (RM146.05) tetapi Juventus tetap dengan pendirian ha­nya akan melepaskan pemain itu dengan nilai £36 juta (RM194.74 juta).

United sejak sekian lama memburu Costa apabila pernah mengemukakan tawaran bernilai £54 juta (RM292.10 juta) pada 2018 tetapi ditolak oleh Juventus.

Kelab gergasi England itu menjadikan Costa sebagai pilihan kedua sekiranya gagal mendapatkan sasaran utama mereka Jadon Sancho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI