fbpx

Jabatan Kesihatan Perak turun padang hapus sarang nyamuk aedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Saidi (tengah) bergambar kenangan bersama petugas Jabatan Kesihatan Perak pada Program Pendidikan dan Kawalan Pencegahan Aedes di pasar awam Batu Gajah baru-baru ini.

KEMPEN. Kira-kira 50 kakitangan Jabatan Kesihatan negeri turun padang pada Program Pendidikan dan Kawalan Pencegahan Aedes di pasar awam Batu Gajah, Perak baru-baru ini.

Mengetuai program itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Sains negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud bersama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ding Lay Ming.

Mereka menyampaikan cenderahati serta bahan promosi kepada orang ramai termasuk para peniaga di pasar berkenaan.

Orang ramai juga dinasihat agar memastikan kebersihan di kawasan masing-masing sebagai langkah pencegahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI