fbpx

4 remaja ditahan ragut telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
4 remaja termasuk seorang perempuan ditahan cuba ragut telefon bimbit

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan dan tiga lelaki ditahan orang awam selepas meragut telefon bimbit seorang wanita di Kampung Malaysia Raya, Cheras di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8.40 malam, kesemua suspek itu dikatakan berpura-pura pinjam telefon bimbit mangsa untuk menghubungi ibu kepada remaja perempuan tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, selepas memohon keizinan meminjam telefon bimbit, remaja perempuan berusia 16 itu bertindak merampas dan melarikan diri.

Katanya, menyedari kejadian itu orang awam yang berada di lokasi kejadian bertindak mengejar suspek bersama tiga lagi rakan lelakinya berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun.

“Suspek berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada anggota Balai Polis Salak Selatan Baru untuk tindakan lanjut.

“Siasatan mendapati kesemua suspek tidak bersekolah dan tiada rekod jenayah lampau,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI