fbpx

United, City akui sangat kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD (kiri) terlibat dalam insiden pelanggaran peraturan bersama skuad England dan United mengakui kecewa dengan sikapnya itu. – AGENSI

MANCHESTER – Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Manchester City mengakui kecewa dengan kelakuan dua pemain remaja mereka, Mason Greenwood dan Phil Foden yang tidak berdisiplin ketika bersama skuad England kelmarin.

Sebagai rekod, Greenwood yang mewakili United dan Foden bersama City telah membuat onar ketika di penginapan rasmi The Three Lions di Iceland de­ngan membawa masuk wanita ke dalam bilik tidur mereka sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

United yang dikendalikan oleh Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan sedang bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak England (FA) untuk laporan penuh me­ngenai kelakuan bintang remaja mereka itu.

“Kami sentiasa terbuka untuk memberi kerjasama dengan FA mengenai isu yang telah pemain kami lakukan (Greenwood). Apa yang kelab boleh katakan ketika ini adalah pasukan sangat kecewa dengan tingkah lakunya yang tidak bertanggungjawab,” kata United dalam satu kenyataan.

Sementara itu, City yang dibimbing oleh Pep Guardiola pula mengakui tindakan Foden untuk bertemu dengan wanita asing adalah tidak wajar terutama ketika dunia sedang mengalami pandemik Covid-19 selain tidak menghormati undang-undang negara Iceland.

“Dia (Foden) telah merendahkan martabatnya dan pasukan kerana kelakuannya dengan membawa masuk wanita ke bilik penginapan rasmi pasukan England.

“Kami akan sentiasa menyokong apa sahaja hukuman yang bakal FA kenakan ke atas Foden selain terbuka untuk memberi kerjasama jika diperlukan,” kata The Citizens dalam satu kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI