fbpx

Thiem tepati ramalan mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THIEM tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir selepas menumbangkan Auger-Aliassime awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Pemain pilihan No. 2, Dominic Thiem menepati ramalan untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan bergaya selepas menewaskan pemain muda, Felix Auger-Aliassime dengan kemenangan straight set 7-6, 6-1, 6-1 awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Thiem kini dianggap sebagai calon pa­ling tepat untuk menjuarai trofi Grand Slam pertama dalam kariernya selepas penyertaan bintang No. 1 dunia, Novak Djokovic dibatalkan kerana mengasari penjaga garisan kelmarin.

Kata Thiem, bukan mudah untuk meraih kemenangan ke atas Auger-Aliassime terutama pada set pertama yang mana pemain kelahiran Kanada itu memberi tentangan yang cukup sengit sehingga ke penentuan tie-break.

“Set pertama agak seimbang yang mana kedua-dua pemain boleh menang. Mungkin saya agak sedikit gugup pada awal saingan sehingga membolehkan lawan mudah untuk membalas setiap pukulan yang saya lakukan.

“Namun, situasi berbeza pada dua set seterusnya kerana saya mula dapat keyakinan dan berjaya mendominasi sebahagian besar perlawanan. Apa yang pasti, keputusan ini memberi motivasi tambahan buat saya untuk beraksi dengan lebih baik pada pusingan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, pemain pilihan No. 3, Daniil Medvedev turut melangkah dengan bergaya selepas menewaskan 6-4, 6-1, 6-0 untuk me­nempah perhitungan di pusingan suku ­akhir menentang rakan se­negara, Andrey Rublev.

“Saya sememang­nya berharap dapat mengulangi pencapaian tahun lalu dengan me­langkah ke final Terbuka AS tetapi buat masa ini saya mahu fokus satu perlawanan ke satu perlawanan,” kata Medvedev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI