fbpx

SPRM tahan pemimpin persatuan OKU seleweng dana hampir RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang pemimpin persatuan orang kurang upaya (OKU) yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO di negeri ini berhubung dakwaan menyeleweng dana persatuan hampir RM800,000.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad yang mengesahkan penahanan itu berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan pada 3 September lalu.

Menurutnya, lelaki itu disiasat selepas pihaknya menerima laporan bahawa suspek didakwa memindahkan wang dari akaun persatuan ke akaun peribadinya.

“SPRM sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa untuk menyeleweng dana persatuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Fauzi berkata, kes itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti politik lelaki berkenaan.

“Dia itu disiasat sebagai seorang pemimpin persatuan bukan sebagai ahli politik, kebetulan dia terlibat dalam parti politik,” katanya.

Sementara itu, SPRM juga telah memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan berhubung laporan skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Bagaimanapun SPRM enggan mendedahkan jumlah dan identiti beberapa individu yang dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi berkaitan laporan tersebut.

Katanya, beberapa individu lagi akan turut dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI