fbpx

Selamat tinggal Keeping Up With The Kardashians

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM KARDASHIANS

SELEPAS 14 tahun bersiaran, rancangan realiti popular global, Keeping Up With The Kardashians bakal mengucapkan selamat tinggal kepada jutaan peminat rancangan tersebut.

Pengumuman berkenaan dimaklumkan bintang utamanya, Kim Kardashian atau nama sebenarnya, Kimberly Noel Kardashian West, 39, melalui satu hantaran status dalam Instagram sebentar tadi.

PROGRAM Keeping Up With The Kardashians mengangkat populariti Kim dan ahli keluarganya sejak 14 tahun lalu.

“Dengan hati yang berat kami satu keluarga telah membuat keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Keeping Up With The Kardashians.

“Musim terakhir akan ke udara awal tahun 2021,” tulis Kim yang juga isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu.

Kata Kim, rancangan tersebut sangat memberi makna buat dirinya sekeluarga.

“Tanpa Keeping Up with The Kardashians, saya tidak akan berada di mana saya berada hari ini. Saya sangat bersyukur kepada orang yang menonton dan menyokong saya dan keluarga sejak 14 tahun lalu.

“Rancangan ini membentuk siapa kami dan saya selama-lamanya terhutang budi dengan semua orang yang memainkan peranan dalam membentuk kerjaya kami dan mengubah hidup kami,” luah Kim lagi.

Keeping Up With The Kardashians mula menemui peminat pada 2012 dan sudah bersiaran selama 20 musim.

Sejak kebelakangan ini, kehangatan program berkenaan semakin berkurang apabila sekadar meraih bawah sejuta tontonan berbanding empat juta ketika berada di puncak populariti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI