fbpx

Polis cadang Akta Sosma terhadap pesalah alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis bercadang untuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bagi kesalahan berkaitan isu alam sekitar.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, cadangkan itu sudah dikemukakan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kepada Peguam Negara dalam satu mesyuarat khas semalam.

“Dalam perbincangan semalam pihak polis cadangkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah alam sekitar yang mempunyai unsur sabotaj dan berulang.

“Kesalahan itu dicadangkan untuk diklasifikasikan sebagai jenayah terancang dan Sosma adalah akta yang sesuai,” katanya kepada pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hamid berkata, pihak polis dan beberapa agensi yang terlibat dalam penyiasatan kes pencemaran Sungai Gong di Rawang kini dalam proses melengkapkan siasatan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI