fbpx

Pejalan kaki maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Huat disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala. Foto IHSAN POLIS

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi ketika melintas jalan raya tiga lorong sehala di Jalan Sungai Danga, di sini hari ini.

Mangsa, Loh Kah Huat, 57, disahkan maut di lokasi kejadian apabila mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 9.29 pagi.

“Mangsa yang melintas dari arah kiri ke kanan jalan telah dilanggar sebuah kereta yang bergerak lurus dari Nusa Bestari menghala ke Taman Perling.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ditengah jalan dan disahkan maut di lokasi kejadian manakala mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.

“Sementara itu pemandu kenderaan yang merupakan seorang wanita berusia 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kawasan berkenaan dimaklumkan tiada laluan pejalan kaki manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI