fbpx

SPRM mula siasat kes pencemaran Sungai Gong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung isu pencemaran Sungai Gong di Rawang, Selangor.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu bagi meneliti unsur rasuah melibatkan mana-mana pihak termasuk agensi penguat kuasa.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu berkenaan diminta tampil memberi kerjasama dengan suruhanjaya ini,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan dua pekerja kilang yang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang minggu lalu direman enam hari sehingga Sabtu ini.

Pada 5 September lalu, empat beradik yang juga pemilik kilang disyaki terlibat dalam kejadian sama direman enam hari sehingga Khamis ini.

Siasatan kes terhadap keenam-enam suspek dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan yang diketahui menyebabkan susut bekalan air untuk minuman manusia atau haiwan yang dipelihara atau untuk kebersihan atau perusahaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI