fbpx

Saman tetap saman – Ayu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK AYU

PETALING JAYA – Penerbit dan pemilik syarikat produksi Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd., Datuk Normashayu Puteh memfailkan saman terhadap sebuah platform jualan dalam talian atau e-dagang yang menjual filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) dengan harga RM1. 

Meskipun iklan filem tersebut sudah pun dipadam dalam platform jualan terbabit, namun Normashayu atau Ayu berkata, pihaknya akan tetap meneruskan saman kerana enggan membiarkan jenayah cetak rompak berleluasa. 

FILEM Ada Apa Dengan Dosa akan memasuki pawagam pada 10 September nanti.

“Selepas mengumumkan mahu menyaman pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini awal Ogos lalu, saya dapati filem AADD sudah pun dipadam daripada platform itu setengah jam kemudian. 

“Bagaimanapun, saman akan tetap diteruskan sebab hak cipta kami sebagai pengkarya tidak boleh sewenang-wenangnya dicetak rompak,” ujarnya ketika ditemui usai majlis tayangan filem AADD di Damansara, Petaling Jaya, dua hari lalu. 

Filem AADD yang diarahkan oleh Rahila Ali akan mula memasuki pawagam tempatan pada 10 September ini selepas ditayangkan secara eksklusif menerusi saluran berbayar Astro First pada 4 Jun lalu. 

Ayu juga akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci sekiranya kes cetak rompak AADD didalangi oleh orang dalam sama ada daripada produksinya sendiri. 

“Saya tidak pernah serik untuk menayangkan sebarang karya menerusi saluran Astro First selepas ini. Cuma saya dapati filem yang dijual menerusi dalam talian itu ada yang tidak mempunyai logo Astro First dan berdurasi penuh. 

“Jika ini berkaitan dengan orang dalam, itu saya tidak tahu. Apa-apa pun, saya hanya menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lanjut,” katanya. 

Terdahulu awal Ogos lalu, Ayu meluahkan rasa kecewanya selepas mengetahui filem AADD yang dilaburkan dengan kos sebanyak RM2 juta itu dijual pada harga RM1 menerusi platform jualan dalam talian. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI