fbpx

Ramalan banjir boleh diketahui seawal 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Razali (tengah) ketika sidang akhbar Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menambah baik sistem ramalan dan amaran banjir bagi membolehkan ramalan banjir dibuat tujuh hari sebelum kejadian dijangka berlaku, berbanding sehari sebelum ini.

Pengarah Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara, Ir Mohd. Razali Husain berkata, menerusi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) , amaran banjir pula boleh dikeluarkan dalam tempoh dua hari lebih awal berbanding enam jam sebelum ini.

“Menerusi PRAB yang mengeluarkan ramalan dan amaran banjir dengan lebih awal akan memudahkan proses pemindahan dan pengurusan banjir.

“Selama ini amaran banjir yang dapat dikeluarkan adalah dalam enam jam sebelum kejadian dan ini menyukarkan pemindahan serta pengurusan yang sebaiknya,” katanya.

Mohd. Razali berkata demikian ketika sidang akhbar Kempen Ramalan dan Amaran Informasi Banjir (KARIB) di Ampang hari ini.

Tambahnya, dengan projek ini juga ia dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa dan harta benda selain mengurangkan kerosakan pada struktur kemudahan awam.

“Agensi penyelamat dapat menyusun strategi operasi pemindahan dengan lebih cekap dan teratur dan memberi masa yang lebih untuk komuniti yang terkesan untuk membuat persiapan rapi.

“Fasa pertama PRAB telah mula beroperasi bagi lembangan sungai Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala fasa kedua sedang dijalankan di 38 lembangan sungai utama seluruh negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI